Maafkan mama sayang... maafkan seandainya mama tidak dapat beri yang terbaik buat anak-anak mama. Mama telah cuba...
Penghidupan anak mama telah bermula bila mama & papa Mulakan Panggilan Nama Yang Paling Baik mama beri & yang paling terbaik mama panggil MUHAMMAD HAKIM AQIL, MUHAMMAD FAHMI & LUQMAN
Mama berikan Pelukan setiap hari pada anak-anak mama untuk menguatkan IQ anak-anak mama
Mama pandang anak-anak mama dengan Pandangan Kasih Sayang supaya anak-anak mama lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran
Mama cuba Beri Peneguhan setiap kali anak-anak mama berbuat kebaikan. Mama puji, mama senyum, mama cium, mama peluk anak-anak mama
Mama sedar anak-anak mama belum matang, anak-anak mama hanya kanak-kanak yang belum berkembang & sering membuat kesilapan. Mama akan berulang kali Memberi Tunjuk Ajar kepada anak-anak mama
Kadang-kadang mama berhadapan dengan masalah kerja, mama penat, mama stress. Namun mama berusaha untuk bersama dengan anak-anak mama sebab anak-anak mama akan membesar & Masa Tak Akan Kembali
Mama tidak pernah merasakan anak-anak mama adalah beban. Didalam membesarkan & Mendidik Anak-Anak Mama, Mama Tidak Pernah Mengeluh
Seringkali mama mendengar cerita anak-anak mama kerna mama tahu dimasa akan datang Cerita Itu Tidak Akan Dapat Mama Dengari Lagi
Setiap kali 14 Mac, 08 Jun, 21 Nov mama tidak pernah lupa membuat sedikit persediaan untuk anak-anak mama menyambut birthday. Mama beri hadiah hari lahir yang unik walaupun murah kerana keunikan akan membuatkan anak-anak mama Belajar Menghargai, Menghargai Orang Lain
Ketahuilah sayang... Semenjak mama mengandungkan anak pertama mama. Mama & Papa sama-sama telah berjanji untuk berusaha ke arah mendidik anak-anak mama supaya menjadi insan yang termulia di dunia ini hingga ke akhirat
Mama & Papa terima seadanya bahawa kami bukanlah seorang ayah & ibu yang sempurna...