APABILA semuanya serba tidak kena, dan saya tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, saya kena ingat... saya masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.
- Apabila hidup saya diselubungi kegelapan, semuanya silap, saya kena cari sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.
- Apabila saya dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, saya kena ingat pada Dia yang tak pernah melukakan hati saya. Dia Maha Adil.
- Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrat saya, saya tidak akan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
- Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, saya kena cari kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
- Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, saya kena bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah Iradat-Nya.
- Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemani, saya harus cari jalan yang lurus itu dari Dia, yang satu-satunya panduan hidup.
- Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhan saya, Dia Maha Mendengar.
- Apabila miskin dan papa, saya rasa terperangkap dan kesempitan, saya ingat Dia Yang Maha Kaya.
- Apabila saya dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, saya kena mengadu kepada Dia Yang Satu.
- Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, saya serahkan diri kepada Dia... satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
- Dan apabila parut luka dicederakan lagi, hati saya dicakari kebimbangan, saya kena ingat bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang bersabar...
No comments:
Post a Comment