Mama...Bidadari Di RumahMu
Seorang bayi bersiap-siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya: "Para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup disana? Aku begitu kecil dan lemah?"
Tiba-tiba terdengar suatu suara: "Jangan bimbang, Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan menasihati kamu disana."
Bagaimanapun bayi itu berasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.
"Disini - Syurga - apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia," kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.
"Jangan kamu bimbang. Bidadari akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini," terdengar sekali lagi suara itu.
"Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadari ku jika aku tidak memahami bahasanya?" Tanya bayi itu separuh merintih.
"Bidadarimu akan berbicara kepadamu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian dia akan mengajarkan kamu cara berbicara," berkata suara itu lagi.
Bayi itu masih tidak berpuas hati, dia terus bertanya:"Aku mendengar bahawa didunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?"
"Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya," balas suara itu.
"Tetapi, aku pasti akan berasa sedih kerana meninggalkan tempat yang begitu indah,"rintih bayi itu lagi.
"Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya kamu adalah segala-galanya!
Disaat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi:"Jika aku harus pergi sekarang bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?"
"kamu akan memanggil bidadari itu..MAMA !"
Ingatlah! Curahkan sepenuh kasih sayang kepada mamamu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.
Mama...adalah bidadari di rumahmu!
No comments:
Post a Comment