Assalammualaikum W.B.T
"HambaMu telah datang menyambut panggilanMu, Ya Tuhan, hambaMu datang menyambut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat kerajaan adalah kepunyaanMu dan tidak ada sekutu bagiMu".
Penerbangan dari KUL 3pm@ 17/1/2014 Jumaat. Kami selamat sampai di Jeddah jam 9.00malam Waktu Arab Saudi (2.00pagi Waktu Malaysia). Kami disambut mesra oleh Sultan (Kakitangan De Mawardah). Menaiki bas yang sangat selesa...Disediakan makanan Nasi Lemak + Ayam & Air Mineral.. Terima kasih.
Diberi sedikit taklimat dan diberi doa yang sangat sempurna sebagai Tetamu Allah Yang Datang Dari Jauh...
"Ya Allah, tanah haram ini Tanah HaramMu dan negeri ini negeriMu dan keamanan ini keamananMu maka haramkanlah kami daripada api neraka dan amankanlah kami dihari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu."
Pintu Gerbang Al Mekah Al Mukaramah
"Ya Allah jadikanlah negeri ini tempat yang tenang buat kami, dan kurniakanlah kami rezeki yang halal di dalamnya, Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkanlah kami daripada api neraka. Ya Allah, negeri ini negeriMu dan rumah ini rumahMu, aku datang memohon rahmatMu dan menuju ketaatan kepadaMu, menurut perintahMu, mengharapkan keredhaanMu, dan berserah kepada perintahMu, aku bermohon permohonan orang yang terdesak yang takut daripada azabMu aku harap Engkau menerimaku dengan kemaafan, Mengampuniku dengan kemaafan, Mengampuni dosaku dan memasukkan ku ke dalam syurgaMu"
Alhamdulillah... Aku dihadapan Masjidil Haram- AlSuboh Yang Indah
"Masjidil Haram"
Kiblat sekalian umat Islam seluruh dunia. Satu solat disana, adalah menyamai dengan 100ribu solat. Sebuah masjid yang tertua diseluruh dunia, dari zaman Nabi Ibrahim a.s hinggalah ke zaman ini.
Multazam ( Diantara tempat dimana doa paling mustajab)
"Wahai Allah, Tuhan yang mempunyai Al Baitil Atiq (Baitullah), bebaskanlah diri kami, diri bapa-bapa kami ibu-ibu kami, saudara-saudara kami dan anak pinak kami daripada neraka. Ya Tuhan yang mempunyai kebaikan, kemurahan, kelebihan kurniaan dan belas kasihan. Ya Allah Ya Tuhan ! Kurniakanlah ganjaran dalam segala urusan kami dan jauhkan kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat. Ya Allah Ya Tuhan, sesungguhnya kami ini hambaMu dan anak hambaMu, berdiri dibawah pintuMu mencium jenang pintuMu, merendah diri dihadapanMu dengan mengharapkan rahmatMu dan takutkan azabMu. Wahai Tuhan yang sentiasa bersifat ihsan. Ya Allah Ya Tuhan, sesungguhnya aku meminta kepadaMu supaya Engkau muliakan sebutan namaku, gugurkanlah dosaku, bersihkanlah hatiku serta terangkanlah kuburku, ampunkanlah dosaku dan memohon kepadaMu supaya Engkau mengurniakanku dengan darjat-darjat yang tinggi didalam syurga, amin".
"Kaabah".
Allah SWT telah menetapkannya sebagai Kiblat. Ia telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s bersama-sama puteranya Nabi Ismail a.s serta dibantu oleh para malaikat. Kaabah bermaksud empat persegi. Doa disana, Insya Allah, akan dimakbulkan Allah SWT.
Air ZamZam ( Air terbaik didunia)
"Telaga Zam-zam".
Mempunyai sejarah yang melambangkan keagungan pengorbanan seorang insan demi memperolehi keredhaan Tuhannya. Siti Hajar, yang ditinggalkan suaminya, Nabi Ibrahim a.s yang pergi menyahut perintah Allah SWT untuk menyeru manusia kepada Allah SWT sedangkan beliau redha pemergian suami tercinta. Tinggallah beliau di sebuah padang pasir yang tandus, tidak mempunyai tumbuhan serta kediaman manusia. Namun demikian, hatinya tetap tawakal kepada Allah SWT. Nabi Ismail a.s yang kedahagaan telah merengek-rengek meminta air dari ibunya. Si ibu pula berlari-lari ke atas bukit Safa, kalau-kalau ada orang di sebelah lembah sana untuk meminta bantuan. Namun tiada, lalu beliau turun dengan perasaan cemas lalu mendaki pula ke bukit Marwah. Namun tiada juga. Lalu, Allah SWT menghantar malaikat untuk menghentak-hentakkan kaki Nabi Ismail ke tanah lalu terbitlah mata air. Siti Hajar telah membendung air itu.
"Ya Allah, kami memohon rezeki yang luas, ilmu yang bermanfaat dan penyembuhan dari segala penyakit".
Gate Bani Shaibah
Laluan keluar masuk antara Safa ke Marwah
Keturunan Bani Shaibah adalah pemegang kunci pintu Kaabah
Sembahyang Jenazah
Jenazah Lelaki
Jenazah Wanita
Selama 7 hari aku di Mekah aku dapat ilmu mempelajari sembahyang Jenazah.
Syukur.. Allah temukan risalah ini kepada aku...
Jam Besar (Mercu Tanda Mekah)
Kami makan KFC
25rs ( RM 19) Dinner Plate
Rasanya sangat sedap
Hari pertama kami tukar duit dapat 1.2
Hari kedua dapat 1.3
Hari2 seterusnya sehingga kami di Madina 1.2
Nilai Matawang berubah dari masa kesemasa
Terdetik hati "Hausnya aku". Sae yang terakhir aku didatangi seorang kanak-kanak lelaki arab seusia anak aku Muhammad Fahmi serupa wajahnya, aku telah diberi AirzamZam..
Ya Allah, indahnya ciptaanMu... Anugerah terindah yang tidak mungkin aku lupakan...
Sedekah yang aku terima dari seorang wanita di dalam Masjidil Haram
Kurma ini diberi oleh seorang wanita Turki
Pulang dari Solat Asar terasa nak makan roti.. Ketika aku tiada duit kecil untuk membayar roti, aku didatangi seorang lelaki Mat Saleh membayarkan untuk aku...
Roti ini terasa sangat sedap bila pemberian ikhlas dari insan yang kita tidak kenali..
Air kotak ini diberi oleh remaja lelaki sewaktu aku ingin ke Masjidil Haram
Diberi oleh Tauke kedai di Madinah
Hotel kami adalah Tharwat Ajyad Hotel- 12 tingkat
Aku sedang menggunakan WIFI di Ajyad Hotel
Bilik kami 606
Maaflah Bilik kami bersepah
Dilengkapi peti sejuk
Dilengkapi TV, Almari baju beserta Hanger
Keadaan Tandas Yang Selesa
Makanan yang disediakan sangat2 sedap
Air panas & sejuk disediakan cuma air panas perlu bancuh sendiri
Susu tepung sangat sedap lain dari yang lain
Menu pagi kami
Menu tengahari yang sangat sedap
Ikan ni rasanya seperti Ikan Salmon.
Ayam rendang pun sedap..
Hotel kami bersebelahan ngan kedai ais krim
Ais Krim di Mekah sangat sedap
Jangan lepaskan peluang untuk merasa
Kedai bersebelahan Hotel tempat kami menginap
Mall ni di dalam Hotel Hilton
Kebab di Mekah sangat sedap
Kami akan membeli pada waktu selepas Waktu Asar
Aqiqah Anak ke 3 kami Luqman Bin Adizulnaen
700rs (RM 590 seekor Kibas siap dimasak)
Saya buat Aqiqah Luqman seekor di Mekah & Seekor lagi di Madinah
Marvelous !!!!!
Ustaz Hj Said Ahmad (Yang memegang cermin mata)
Dialah yang menguruskan majlis aqiqah Luqman.. Terima kasih
Jemaah bergambar dihadapan Hotel menunggu Van untuk membawa jemaah
ke Masjid Taneem untuk mengambil niat Umrah
19/1/2014@Ahad Hari Pertama kami ke Masjid Taneem untuk Umrah Pertama
Jangan lupa lakukan solat Tahyatul Masjid 2rakaat, Solat Sunat Duha 2 Rakaat
dan diikuti Solat Sunat Umrah 2rakaat..pesan demi pesan yang kami terima
Ustaz Hj Said akan mengiringi Jemaah sepanjang tempoh disana
Mengajar berniat & berdoa untuk Jemaah
Bukit Safa
Selesai umrah aku & suami bergambar di Marwah
Jaranah. Disini jemaah mengambil niat Umrah ke2
20/1/2014@Isnin
Kami bergambar berlatar belakangkan Jabal Tsaur
"Jabal Tsaur".
Sebuah gunung yang tertinggi di antara gunung-gunung yang berada di sekitar Mekah. Dilereng puncaknya terdapat Gua Tsaur yang telah menjadi tempat persembunyian Rasulullah s.a.w bersama-sama sahabatnya Abu Bakar r.a, dalam perjalanan mereka hendak berhijrah ke Madinah.
Jabal Nur
"Jabal Nur".
Sebuah gunung yang sederhana tinggi, lebih kurang 6 kilometer jauhnya dari Mekah. Di puncaknya yang agak menurun sedikit terdapat sebuah gua bernama Gua Hira' tempat dimana turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Jabal Rahmah
Bukit dimana Adam & Hawa ditemukan semula
Kami berdoa supaya Jodoh kami berkekalan hingga akhir hayat. InsyaAllah
Kami dipuncak Jabal Rahmah
Kami bergambar berlatar belakangkan Tapak Masjid Udaibiyah
Masjid Udaibiyah tempat mengambil niat Umrah Ke3
21/1/2014@Selasa
Madu Yaman Original
100rs sekilo
Kami diladang Unta
Makanan Unta
Susu Unta lebih lazat dari Dutch Lady
5rs sebotol
Buih Susu Unta PERCUMA
Jangan lepaskan peluang sapu buih dimuka bila anda disana
Masjid Jin
Bercukur 10rs
23/1/2014@Khamis
Al Subuh terakhir kami di Mekah
24/1/2014@Jumaat
"Ya Allah, Tuhan Yang Mengembalikan Sesuatu, Kembalikan kami keBaitullah ini lagi".
24/1/2014 Al Madinah Al Munawarah
Ziarah Rasulullah S.A.W
25/1/2014@Sabtu
"Masjid An-Nabawi"
Masjid asalnya telah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. Selain dari mempunyai kelebihan-kelebihan melakukan ibadat di dalamnya, ia juga mempunyai kawasan yang dinamakan Raudhah dan Makam Rasulullah s.a.w bersama makam dua orang sahabatnya; Abu Bakar dan Umar r.a
Al Madinah Al Munawarah
Alhamdulillah...Dengan Izin Allah S.W.T aku dapat ke Raudhah & Ziarah Makam Rasulullah SAW
"Kesejahteraan ke atasmu wahai Rasulullah, rahmat Allah dan berkatNya untukmu. Kesejahteraan keatasmu wahai nabi Allah, Kesejahteraan keatas sesuci-suci makhluk Allah, Kesejahteraan keatasmu wahai kekasih Allah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan engkau pula (ya Rasulullah) adalah hamba serta RasulNya. Dan aku bersaksi, bahawa engkau telah meyampaikan risalah, engkau telah menunaikan amanah, engkau telah memberi nasihat pada umat, engkau telah berjihad di jalan Allah, maka Allah merahmatimu, rahmat(selawat) yang berkekalan sampai hari kiamat. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan didunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari siksa api neraka".
"Raudhah".
Suatu tempat di dalam masjid Nabawi yang dibatasi dengan tiang-tiang putih, ia dianggap sebagai suatu tempat yang mulia, pernah disifatkan oleh Nabi sebagai sebuah kebun di antara kebun-kebun syurga.
Jenazah lelaki
Masjid Quba
"Masjid Quba".
Adalah masjid yang julung-julung dibina oleh tangan Nabi Muhammad s.a.w dan ia disebut di dalam kitab suci Al-Quran dengan nama Masjid At-Taqwa. Keistimewaan Masjid Quba' ini pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w sendiri: "Barang siapa telah berwudhu di rumahnya kemudian ia berkunjung ke Masjid Quba', lalu ia mengerjakan solat maka ia akan mendapat pahalanya seperti pahala mengerjakan umrah".
Membeli coklat di Kebun Kurma
Kurma "muda". TERBAIK !!!!!!
Berlatar belakang Jabal Uhud
Suami bersama Syamsul (Belajar di Mekah) & Buat part time ngan De Mawardah
Syamsul seorang yang sangat berbudi bahasa
& sangat mahir memberi penerangan bercerita kisah2 Nabi sepanjang perjalanan kami
dari Mekah ke Madina.
Lawatan ke Bukit Magnet
Lawatan ke kilang cetak Al-Quran
Hanya lelaki yang dibenarkan masuk & mendapat Al-Quran PERCUMA
10rs untuk semangkuk kari ayam / kari kambing
ROTI 3 keping diberi PERCUMA
Seandainya kita cakap tak nak roti, kari tidak akan dijual kepada kita.
Lapangan Terbang Putera Mohammed Bin Abdulaziz
SV 828 penerbangan kami ke Kuala Lumpur
Selamat tinggal Rasullulah S.A.W kekasih hati Allah S.W.T
Jemputlah kami sekali lagi ke sini...
"Selamat tinggal wahai Rasulullah, berpisahlah kita wahai Nabi Allah. Amanlah dikau wahai kekasih Allah. Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini sebagai hari terakhir denganmu untuk menziarahimu ataupun berada disisimu. Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat serta selamat, jika ada umur panjang, InsyaAllah kami akan datang menziarahimu semula. Tapi, jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan disampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini hinggalah ke hari kiamat, iaitu pengakuanku yang sungguh-sungguh, bahawa tiada Tuhan yang lain disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya dan aku bersaksi dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan. Salam sejahtera ke atas para Rasul. Segala puji untuk Allah, Tuhan yang mentadbirkan seluruh alam".
Diantara Koleksi Aku Di Sana
"Kanak2 Makkah".
Ini anak saya;-
Muhammad Fahmi Bin Adizulnaen
Hahahahahahaha.... Terima Kasih Sudi Membaca Di Blog Saya;-
~ Mencari Damai.
No comments:
Post a Comment