Once in a lifetime experience

Thursday 23 February 2012

Bila Hari Gaji


"Ketiadaan Sesuatu Yang Mencukupi Bukanlah Terlalu Masalah. Tetapi, Gagal Mendapatkan Bahagia Daripada Wang Yang Dimiliki Lebih Masalah"

Tetapi...Harus Ingat !

"Apabila Kemewahan & Kemesraan Terjalin, Lahirlah Kesejahteraan Abadi"

Tuesday 21 February 2012

Maafkan Mama...

Maafkan mama sayang... maafkan seandainya mama tidak dapat beri yang terbaik buat anak-anak mama. Mama telah cuba...


Penghidupan anak mama telah bermula bila mama & papa Mulakan Panggilan Nama Yang Paling Baik mama beri & yang paling terbaik mama panggil MUHAMMAD HAKIM AQIL, MUHAMMAD FAHMI & LUQMAN

Mama berikan Pelukan setiap hari pada anak-anak mama untuk menguatkan IQ anak-anak mama

Mama pandang anak-anak mama dengan Pandangan Kasih Sayang supaya anak-anak mama lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran

Mama cuba Beri Peneguhan setiap kali anak-anak mama berbuat kebaikan. Mama puji, mama senyum, mama cium, mama peluk anak-anak mama

Mama sedar anak-anak mama belum matang, anak-anak mama hanya kanak-kanak yang belum berkembang & sering membuat kesilapan. Mama akan berulang kali Memberi Tunjuk Ajar kepada anak-anak mama

Kadang-kadang mama berhadapan dengan masalah kerja, mama penat, mama stress. Namun mama berusaha untuk bersama dengan anak-anak mama sebab anak-anak mama akan membesar & Masa Tak Akan Kembali

Mama tidak pernah merasakan anak-anak mama adalah beban. Didalam membesarkan & Mendidik Anak-Anak Mama, Mama Tidak Pernah Mengeluh

Seringkali mama mendengar cerita anak-anak mama kerna mama tahu dimasa akan datang Cerita Itu Tidak Akan Dapat Mama Dengari Lagi

Setiap kali 14 Mac, 08 Jun, 21 Nov mama tidak pernah lupa membuat sedikit persediaan untuk anak-anak mama menyambut birthday. Mama beri hadiah hari lahir yang unik walaupun murah kerana keunikan akan membuatkan anak-anak mama Belajar Menghargai, Menghargai Orang Lain

Ketahuilah sayang... Semenjak mama mengandungkan anak pertama mama. Mama & Papa sama-sama telah berjanji untuk berusaha ke arah mendidik anak-anak mama supaya menjadi insan yang termulia di dunia ini hingga ke akhirat

Mama & Papa terima seadanya bahawa kami bukanlah seorang ayah & ibu yang sempurna...

Friday 17 February 2012

Motivasi

Disuatu malam sewaktu aku bersama anak pertamaku Muhammad Hakim AQil


"Ma, kat sekolah tadi kawan hakim cucuk hakim ngan pensil kat belakang...sakit ma"


"Esok, pergi sekolah cucuk dia balik... kuat kuat tau!!!. Sampai puas hati hakim."


"Ok ma.."


Mudah-mudahan menjadi anak yang berani.. [ Tidak mudah dibuli ]