Once in a lifetime experience

Friday 18 May 2012

Ilmu Manfaat Bersama Part 2

"GETTING RICH YOUR OWN WAY"
KUMP. A  83%
Tujuan Bekerja Adalah Untuk Membuat Duit

KUMP. B  17%
Tujuan Bekerja Adalah Untuk Membuat Sesuatu Yang Disukai & Memikirkan Hal Kewangan Kemudian

SELEPAS 20 TAHUN BEKERJA

101 Daripada 1500 Orang Telah Menjadi JUTAWAN
100 Orang Dari Kumpulan B
01 Orang Sahaja Dari Kumpulan A

ANDA DIMANA ????


Saya tahu, Orang lain tahu!
            Kerjasama / Ganding Bahu

Saya tahu, Orang lain tidak tahu
           Ajar, bimbing, beri idea dengan ikhlas

Saya tidak tahu, Orang lain tahu!
          Belajar, tuntut ilmu, contohi, tiru

Saya tidak tahu, Orang lain tidak tahu
        Taqwa, doa & berserah pada Allah



Monday 14 May 2012

"Ibu Berkerjaya Sentiasa Disisi"


Mama...Bidadari Di RumahMu

     Seorang bayi bersiap-siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya: "Para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup disana? Aku begitu kecil dan lemah?" 

   Tiba-tiba terdengar suatu suara: "Jangan bimbang, Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan menasihati kamu disana."

  Bagaimanapun bayi itu berasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

     "Disini - Syurga - apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia," kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

    "Jangan kamu bimbang. Bidadari akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini," terdengar sekali lagi suara itu.

     "Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadari ku jika aku tidak memahami bahasanya?" Tanya bayi itu separuh merintih.

     "Bidadarimu akan berbicara kepadamu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian dia akan mengajarkan kamu cara berbicara," berkata suara itu lagi.

     Bayi itu masih tidak berpuas hati, dia terus bertanya:"Aku mendengar bahawa didunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?"

     "Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya," balas suara itu.

         "Tetapi, aku pasti akan berasa sedih kerana meninggalkan tempat yang begitu indah,"rintih bayi itu lagi.

    "Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya kamu adalah segala-galanya!

     Disaat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi:"Jika aku harus pergi sekarang bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?"

     "kamu akan memanggil bidadari itu..MAMA !"

     Ingatlah! Curahkan sepenuh kasih sayang kepada mamamu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.

Mama...adalah bidadari di rumahmu!

Wednesday 9 May 2012

Ilmu Manfaat Bersama


PETUA UNTUK SENTIASA CERIA & BERSEMANGAT
  • Berdoa dan pasang niat untuk ceria dan bersemangat setiap hari
  • Maafkan semua orang sebelum tidur setiap malam
  • Programkan minda sebelum bangun tidur
  • Apabila bangun tidur, terus senyum dan berdoa
  • Pakai warna yang sesuai
  • Cari "butang hijau" anda 
  • Berdoa sebelum memulakan tugas & berdoa selesai menjalankan tugas


"Sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan pekerjaannya, dia melakukannya dengan cara yang paling baik"
Riwayat Thabrani


Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh ditingkatkan...


Friday 4 May 2012

Penghulu Segala Hari

" Doa Cinta Buat Semua"

Untuk arwah datuk nenek moyang ku yang telah meninggalkan ku, Junjungan kami Rasullullah S.A.W, Orang-orang Mukmin dan orang-orang muslimin, Al-Fatihah.

"Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang tunggal, yang tidak ada sekutu bagiNya. Dialah empunya kerajaan. Dialah yang maha mengetahui puji-pujian, Dialah yang dapat menghidupkan dan mematikan dan Dia jugalah yang berkuasa ke atas segala sesuatu"

"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, dosa suamiku, dosa kedua ibubapa kami, dosa adik-beradik kami, dosa kawan-kawan ku, guru-guru ku, majikan-majikan ku, orang-orang mukmin dan orang-orang muslim, lelaki dan perempuan baik yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia dan jadikanlah hubungan kami dengan orang muslimin selalu dalam keadaan baik."

"Ya Allah, Aku berlindung kepada Engkau kejahatan apa yang aku perbuat dari kejahatan semua yang punya kejahatan, tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan pertolongan Allah. Berilah aku pengertian dan peliharalah aku dari kejahatan diri sendiri".

"Aku dan suamiku berlindung kepada Engkau dari segala kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas dari sifat pengecut dan bakhil, dari banyak hutang dan kezaliman manusia. Lindungilah kami dari penglihatan orang-orang yang mengintai dari hati orang-orang yang hasut yang kejam dan zalim, selamatkan kami dari perbuatan maksiat atau yang memikir-mikir jalan yang menuju maksiat. Lindungilah kami dari seksa kubur dan azab api neraka."

"Ya Allah, berilah kesihatan yang sihat ke atas kedua ibubapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Kami meminta keselamatan agama dan kesejahteraan badan dan penambahan ilmu dan keberkatan rezeki dan suka takut sebelum mati, mendapat rahmat diwaktu mati dan keampunan sesudah mati. Majukanlah suamiku didalam syarikat perniagaannya. Ilhamkanlah kepada anak-anak kami kecerdasan"

"Rabbana atina fiddunyah hassanna wafilarhirati hassanna Wakina azabannar"

Amin....amin...Ya Rabbal A'lamin.

Wednesday 2 May 2012

"Kuala Lumpur"... tunggu kedatangan ku...

Awal April bulan yang menyakitkan disebabkan "Ismail Ibrahim" (bukan nama sebenar). Akhir April bulan pengubat kesakitan keranamu LuQman... akhir april juga bulan kegembiraan "Wang besar, wang besar" Masyuk !!!! (alhamdulillah). Awal Mei bulan penghabisan....Jom Shopping kawan2 ku....Jadi yerk..set...huhuhuhu