Once in a lifetime experience

Monday 30 April 2012

Cuti Yang Indah "Terima Kasih PERMATA"

Limpahan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya aku menjadi seorang penjawat awam. Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Terima kasih diucapkan kepada suami tercinta Adizulnaen Bin Harun kerana  memberi sokongan.

28/4/2012 genap 9 tahun aku bergelar penjawat awam.... & pada tarikh yang sama jugak aku menerima hadiah yang paling istimewa dari anak ketiga ku LuQman... Thanks sayang walaupun maman masih kecil.... Tanpa mama menyuruh maman bijak menolong mama...

mama rakam gambar curi ketika maman angkat baju kul 5.00 petang






LuQman nampak mama terus tutup muka...malulah tu.. hahahaha




Dah x larat...berat sangat....mama bantu angkat... Senyuman buat papa....
Papa pun terkejut dengan aktiviti maman petang yang bermakna tu...
Malam tu papa tanya mama.."mama suruh maman angkat baju ke?"
"x sayang, masa mama clearkan cawan2 kat sinki, maman bangun tido, terus angkat bakul dan terus angkat baju, mama x suruh pun" 
Dalam nada ketawa papa kata "rajin anak papa"

Sebagai ganjaran LuQman tolong mama petang tu jugak mama bawa LuQman potong rambut. 
"Trim kasi handsome ye moi"....hehehe





Monday 16 April 2012

Apabila Saya...

APABILA semuanya serba tidak kena, dan saya tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, saya kena ingat... saya masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

  • Apabila hidup saya diselubungi kegelapan, semuanya silap, saya kena cari sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.
  • Apabila saya dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, saya kena ingat pada Dia yang tak pernah melukakan hati saya. Dia Maha Adil.
  • Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudrat saya, saya tidak akan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.
  • Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, saya kena cari kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.
  • Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, saya kena bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah Iradat-Nya.
  • Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemani, saya harus cari jalan yang lurus itu dari Dia, yang satu-satunya panduan hidup.
  • Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhan saya, Dia Maha Mendengar.
  • Apabila miskin dan papa, saya rasa terperangkap dan kesempitan, saya ingat Dia Yang Maha Kaya.
  • Apabila saya dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, saya kena mengadu kepada Dia Yang Satu.
  • Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, saya serahkan diri kepada Dia... satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.
  • Dan apabila parut luka dicederakan lagi, hati saya dicakari kebimbangan, saya kena ingat bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang bersabar...

SAYA... HAMBA MU...YANG MEMERLUKAN KASIH SAYANG MU...




Thursday 5 April 2012

Fitnah - Akhir Zaman


Bertaqwalah kepada Allah SWT dan ingatlah sekelian bahawa keselamatan dan kebahagiaan kita hanya bergantung kepada keimanan dan ketaqwaaan kita kepada Allah SWT semata-mata.

Allah SWT telah menegaskan dalam surah al Anfal ayat 28, yang bermaksud:

"Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan yang sangat besar."

Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:

"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya." 


Tuesday 3 April 2012

Berusaha Kearah Kecemerlangan - Dengan Cara Sihat

Bantu anak-anak anda untuk mencapai gred yang baik, tanpa sebarang tekanan !
Oleh Prof Madya Dr M Swamenathan, Pakar Perunding Psikiatri


Cara-cara :-
  • Fahami gaya pembelajaran anak anda
  • Jadikan masa belajar itu masa yang kualiti
  • Amalkan teknik bersantai dan memfokus semula
  • Memberi pujian dan galakan selalu